Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Salasilah Keturunan dan warisan kekayaan DS Najib

Salasilah Keturunan DS Najib Razak


Salasilah Keturunan dan warisan kekayaan DS Najib

Selama ini sedarkah kita yang Dato Sri Mohd Najib Tun Razak bukan dari keturunan Dr Gigi yg kaya setelah menjawat Perdana Menteri ke-4. Sebaliknya Dato Sri Najib dari keturunan orang kaya Yang Berhormat Tan Sri Haji Mohamed Noah bin Orang Kaya Omar.

Siapa Tan Sri Haji Mohamed Noah?

Salasilah Keturunan DS Najib Razak


Tan Sr noah merupakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang pertama (1 September 1959 - 29 Februari 1964)

Yang Dipertua Dewan Negara yang ketiga (24 Februari 1969 - 28 Julai 1970)

Menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1959 bagi kawasan Johor Bahru Timur, negeri Johor (1958-1964). Ketika itu Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957.

Mengikut salasilah, Tan Sri Noah berasal daripada sebuah keluarga yang sejak turun-temurun bergelar "Orang Kaya" yang menjaga dan mentadbir daerah Padang, Muar.

Bapanya, Orang Kaya Omar dan datuknya Orang Kaya Junid merupakan "Orang Kaya" yang terbilang dan berpengaruh pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim (1862-1895). Gelaran "Orang Kaya" dikurniakan kepada seseorang rakyat untuk menjadi wakil Sultan menjaga keamanan dan mentadbir daerahnya.

Datuk beliau, Orang Kaya Junid, berasaI daripada zuriat seorang kerabat Raja Chempa Bugis yang berkerajaan di daerah Bukit Makmur (Bukit Mor), Muar, Johor.

Beliau berkahwin dengan Puan Sri Maimun binti Haji Abdul Manaf (anak Kadi Daerah Muar) pada Julai 1922. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan dengan 4 orang anak, 3 orang perempuan dan 1 orang lelaki.

Anak-anak mereka bernama Suhailah Mohamed Noah, Rahah Mohamed Noah, Datin Fakhriah dan Abu Rais (gelaran Atan). Tun Suhailah Mohamed Noah adalah isteri kepada Perdana Menteri Malaysia ke-3, Tun Hussein Onn (1976-1981)

Tun Rahah Mohammad Noah adalah isteri kepada Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Hussein (1971-1976) (AYAH KEPADA DATO' SRI NAJIB TUN RAZAK. Manakala Datin Fakhriah Mohamed Noah pula adalah isteri kepada Dato' Abdullah Ahmad, bekas Yang di-Pertua, Majlis Bandaran Johor Bahru.

Dari salasilah ini membuktikan Dato' Sri Najib bukan orang sebarangan. Kekayaan dari warisan moyangnya mampu memberi kehidupan selesa tanpa menjadi Perdana Menteri. Setakat rampasan barang perhiasan isterinya rasanya tak menghairankanpun. Tetapi kalau Dato Sri Najib kejam merampas harta Mahathir ketika beliau menjadi PM ke-6 rasanya lebih 1000 kali ganda lebih besar nilainya, jika dicampur berapa banyak kereta sport mewah, kapal mewah, rumah penginapan serata dunia hanya dari asalnya seorang dr gigi sebelum menjadi Perdana Menteri ke-4?

Aku heran bila org tuduh kaya kerana merompak hasil negara tapi aku pelik mereka buat bodo bila dr gigi bila jafi pm selama 22 tahun tiba2 melahirkan 3 org anak billionaire tapi org tak percaya pulak yg mahathir merompak?


Sumber: facebook


2 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ