Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Gambar Tular Konon Harta Mewah Najib Disahkan Palsu

Harta Mewah DS Najib dan Rosmah


Gambar Tular Konon Harta Mewah Najib Disahkan Palsu


FITNAH… Tindakan netizen pro-Pakatan Harapan (PH) biadab menularkan gambar palsu konon harta mewah milik Datuk Seri Najib Tun Razak dirampas polis akhirnya ‘memakan’ diri sendiri!

Malah beberapa foto yang tular menunjukkan pelbagai jam tangan, beg tangan mewah, jongkong emas dan sejumlah wang tunai yang kononnya berjaya disita dari kediaman bekas perdana menteri itu kini disahkan adalah jelas palsu.



Carian pantas menerusi laman sesawang Google Images mendedahkan beberapa imej yang tular itu adalah gambar stok daripada pelbagai sumber di luar negara, sekali gus membuktikan kempen fitnah netizen terbabit masih aktif.

Antaranya foto menunjukkan kotak mengandungi enam utas jam tangan Rolex bersalut emas dikongsi dari laman sosial Pinterest, manakala gambar bagasi dipenuhi wang adalah dari kes rompakan di Amerika Syarikat pada 2016.

Sementara itu foto yang paling banyak disebarkan netizen anti-Barisan Nasional (BN) tersebut memaparkan 27 beg tangan jenama Hermes Birkin pelbagai warna yang dibentangkan dengan kemas seperti di atas lantai ruang tamu.

Gambar itu sebelum ini dikongsi laman Facebook Sarawak Report yang mengatakan ia foto yang tidak disahkan tetapi mendakwa beg berkenaan kononnya milik Datin Seri Rosmah Mansor yang dianggarkan bernilai RM20 juta.

Bagaimanapun pada Sabtu lalu, premis barangan mewah dan berpangkalan di Singapura itu, Shopfirstluxury tampil menjelaskan bahawa gambar berkenaan sebenarnya dimuat turun tanpa izin dari sebuah bilik pameran mereka.



Harta mewah ds najib dan rosmah



“Jika ada sesiapa menerima penyiaran ini (gambar tular), sila jangan sebarkan lagi dengan sengaja menggunakan gambar ini untuk tujuan peribadi tertentu,” tulis pentadbir Shopfirstluxury menerusi laman sosial rasmi Instagram.

“Dalam era maklumat serba pantas ini, mari kita menjadi pembaca berita yang lebih bertanggungjawab serta berfikir dua kali sebelum kongsi dengan rakan dan ahli keluarga anda,” tambah kenyataan premis produk mewah tersebut.

Untuk rekod, pihak polis melakukan pemeriksaan di enam lokasi yang konon dikaitkan dengan Najib dalam siasatan mereka terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sejak malam pertama Ramadan pada minggu lalu.

Polis pada 18 Mei, dilaporkan merampas 284 kotak berisi beg tangan dan jam tangan berjenama, barang kemas dan wang tunai dalam pelbagai mata wang hasil serbuan tiga kondominium di Pavilion Residences di Kuala Lumpur.

Harta mewah ds najib dan rosmah


Terdapat gambar menunjukkan anggota polis gigih mengangkut kotak berwarna oren mengandungi beg tangan berjenama yang disita itu, tetapi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengesahkan apakah barangan tersebut.

Ia sekali gus cetus spekulasi dalam kalangan netizen kerana kotak itu jelas tertera nama ‘Datin Cindy’ dan ada juga menyifatkan rampasan tersebut tidak profesional atau kes kena-mengena 1MDB.

Sumber :Agensi/Mynewshub.cc/HAA



1 comments:

Zaman sekarang segalanya mungkin...berbalik pada hati masing-masing...

21 May 2018 at 23:00 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ