Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Panji-Panji Hitam Bukan Bendera Tetapi Jet Tempur Canggih!

Panji-Panji Hitam Bukan Bendera Melainkan Jet Tempur Canggih!


Pakistan Tempat Berkumpul Umat Islam Akhir Zaman
Kontroversi Hadits “Panji-Panji Hitam Dari Timur”
Panji-Panji Hitam Bukan Bendera Melainkan Jet Tempur Canggih!
Perang Dunia ke 3 Pesanan Nabi Muhammad ﷺ yang Mengemparkan Pemimpin Islam dan Ulama Akhir Zaman.

Muhammad Qasim adalah seorang muslim dari pakistan, beliau tidak memaksa seorang pun untuk percaya dengannya. Dengan kehendak Allah, Mimpi beliau telah diterjemah ke dalam pelbagai bahasa termasuk arab, turkey, melayu, english, bangladesh dan banyak lagi dengan keikhlasan setiap orang-orang Islam. Fokus beliau adalah lebih menyampaikan mimpinya kepada ketua tentera pakistan.

Rasulullah SAW bersabda,
``Jika zaman itu telah dekat (kiamat) , banyak mimpi orang beriman tidak bohong. Dan, sebenar benar mimpi di antara kalian adalah mimpi orang yang paling jujur dalam perkataan.” (HR Muslim)

Surah An-Nisa Ayat 75:
Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)".

Sila Baca ini Baik-Baik wahai orang-orang beriman kepada Allah!

Siapakah Kita Hendak mendustakan Berita dari Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam 1400 Tahun lalu?!!!

Sesungguhnya Kebenaran Kebangkitan Islam adalah Bilamana Kepakaran Umat Islam adalah lebih maju dan lebih canggih daripada teknologi musuh.

• Daripada Abu Hurairah Radhiallahu anhu bahwa Rasulullah ﷺ bersabda:
"Apabila peperangan besar akan berlaku, maka Allah akan menghantar Tentera daripada orang bukan arab, yang akan menjadi sebaik-baik penunggang kuda dan memiliki SENJATA PERANG YANG LEBIH HEBAT daripada orang arab, dan Allah mengkokohkan agama (Islam) ini dengan mereka.”
(Sunan Ibnu Majah 4090, Hadis Hasan)

Allah Telah Memperingatkan kamu wahai orang-orang beriman untuk melengkapkan pertahanan kamu dengan segala jenis kekuatan agar Allah memberikan kepada kamu kemenangan.

• Surah Al-Anfal, Ayat 60:
"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) SEGALA JENIS KEKUATAN yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya."

Dan janganlah kamu menjadi orang-orang lalai kerana telah disebutkan
Dari Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah ﷺ . bersabda, ‘Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka terbangun indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berawal fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali.’
(HR. Baihaqi)

Bukankah Perkara-perkara itu sedang berlaku!!!

Sesungguhnya Allah akan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya supaya kamu dapat mengetahuinya dengan jelas nyata mengenai janjiNya kepada kamu dan Tuhanmu tidaklah lalai akan segala yang kamu lakukan. Sesungguhnya Allah telah menetapkan urusan-urusan itu dan apabila sampai masanya, tidaklah dapat ditangguhkan lagi maka musnahlah segala bentuk kezaliman itu.

Surah Al-Hajj, Ayat 41:
Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.

“Barangsiapa melihatku dalam mimpi, maka sungguh ia telah melihatku secara benar. Sesungguhnya setan tidak bisa/boleh menyerupai bentukku. Barang siapa yang berdusta atasku secara sengaja maka ia telah mengambil tempat duduk dalam neraka”. [HR Bukhâri dan Muslim]

Video Mimpi Mohd Qassim



1 comments:

good sharing

10 January 2018 at 12:55 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ