Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Wanita Dakwa Dirogol Pokemon Semasa Tidur



SEJAK aplikasi permainan dalam talian Pokemon GO dilancarkan pada Julai lalu, beberapa kes termasuk membabitkan kematian, kemalangan dan dakwaan ‘menceroboh’ privasi kediaman telah dilaporkan terhadap permainan tersebut, yang kini menjadi fenomena masyarakat seluruh dunia.

Terbaharu, seorang wanita Rusia membuat laporan polis mendakwa dia telah ‘dirogol’ oleh Pokemon ketika sedang tidur di rumahnya.

‘Mangsa’, yang tidak didedahkan identiti mendakwa serangan seksual tersebut dilakukan oleh seekor Pokemon gergasi di kediamannya yang terletak di Moscow.

Menurut laporan media antarabangsa, wanita yang sudah berkahwin itu dikatakan bermain permainan tersebut sebelum dia tertidur.

Dakwa wanita itu, selepas tersedar daripada tidur, dia mendapati seekor Pokemon besar sedang ‘baring’ di atas badan dan merogolnya.

Tambah wanita itu lagi, ‘perogol’ itu hilang apabila dia melompat daripada katilnya, namun aplikasi Pokemon GO pada telefon pintarnya masih boleh mengesan kehadiran watak maya yang sama di katilnya.

Dia kemudian membangunkan suaminya yang sedang tidur untuk memaklumkan kejadian yang menimpa dirinya, namun suaminya tidak percaya, selain meminta wanita itu berjumpa dengan pakar psikiatri.

Pihak polis juga sukar untuk mempercayai laporan wanita itu.

Ekoran itu, dia pergi berjumpa dengan pakar psikik, namun tidak dapat juga membantunya, lapor portal berita Rusia, Bloknot.

Sementara rakan wanita itu, Ivan Makarov berkata, ‘mangsa’ pernah memberitahu bahawa terdapat banyak Pokemon di kediamannya sehinggakan anjing peliharaan wanita itu juga dapat mengesan kehadiran Pokemon setiap kali dia bermain permainan itu.

Menurut Makarov, wanita itu akhirnya akur dengan arahan suaminya yang meminta supaya dia berjumpa dengan pakar psikiatri.

Pokemon GO, satu permainan realiti berperantara berasaskan lokasi yang dilancarkan secara rasmi pada 6 Julai lalu, juga telah memasuki pasaran Malaysia pada Sabtu lalu.

Aplikasi dibangunkan Niantic Incorporation of Nintendo USA itu merupakan permainan sembunyi-sembunyi konvensional di mana pemain perlu mencari dan berlawan dengan karektor maya berdasarkan lokasi dunia sebenar yang dikesan melalui telefon pintar.



0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ