Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



ULAT KEJUMAH ATAU TEMILOK MAKANAN ESOTIK POPULAR DI SARAWAK




Ini adalah ulat kayu bakau atau Kejumah gelaran yang dipanggil di Daerah Lundu, Kuching, bahagian bulat seperti mata adalah merupakan kepala Kejumah dan bahagian bertulang dua merupakan ekornya.

KEJUMAH (temilok) mungkin tidak ramai yang tahu, jika disebut ulat kayu bakau mungkin ramai yang tahu keenakkan rasanya. Jika anda pertama kali melihat hidup-hidup ulat ini akan terasa geli dan takut untuk merasakannya dan apabila anda telah pertama kali merasa sudah tentu ingin untuk kali kedua.



Paling enak dimakan secara mentah yang diambil terus daripada kayu bakau yang baru dibelah. Ia juga boleh dimakan secara rebus campur daun bawang dan buat gulai pedas. Rasa Kejumah ini seakan-akan rasa kita menghirup telor separuh masak tanpa telor kuning.





Kalau ada terdapat di Tamu Pekan Lundu ia adalah dijual dengan harga RM12 setin susu junjung yang seberat 388g. Difahamkan bawah bukanmasyarakat Dayak sahaja gemar malah kaum Cina di Lundu juga gemar makan Kejumah ini kerana keenakkannya sukar dicari.

Proses mencari kejumah di kawasan bakau dengan membelah kayu bakau.
Kejumah ini hanya banyak terdapat di kawasan hutan kayu bakau berpaya yang menerima fenomena alam semulajadi air pasang surut air sungai,pencarian Kejumah juga tidak begitu sukar kerana ia sentiasa ada dikayu bakau yang telah lama ditenggelami air.

Tetapi tidak semua kayu bakau yang telah lama tumbang selama 2 tahun juga mempunyai Kejumah, ia kerana bakau lama tumbang ini tidak kena pasangsurut air yang menenggelamkan bakau berkenaan.

Cara menentukan kayu bakau yang mempunyai Kejumah ini ialah dengan memotong beberapa bahagian sahaja, jika terdapat lubang-lubang pada kayu bakau ini maka petanda adanya Kejumah di dalamnya, cuma kita tidak dapat pastikan berapa banyak di dalam sesebatang bakau itu.

Kerja-kerja mencari Kejumah ini tidak susah asalkan kita tahan berjalan kaki bejam-jam lama dan tahan memikul tong seberat 18 litter yang berisi Kejumah, memikul chainsaw dan kapak .

Kita juga kena tahan serangan nyamuk hutan kayu bakau berpaya, kena tahan merempuhi kawasan payah dalam dan jika kita mempunyai ketahan semua ini maka tiada sebab kita tidak memperolehi Kejumah sebanyak mana yang boleh.

Kerja mencari Kejumah ini amat seronok kerana ia secara tidak lansung cuba menguji ketahan fizikal kita dan hasrat yang tinggi untuk menikmati keenakkan rasa Kejumah yang dimakan secara mentah di dalam hutan. Bagi orang islam jangan ragu ragu untuk makan Kejumah kerana Jabatan Mufti Negeri Sarawak mengeluarkan fatwa bahawa Kejumah boleh dimakan kerana ia bukan hidupan dua alam. Bagi yang belum mencuba boleh mencuba dengan berkunjung ke Sarawak.

Dari sudut sains, kejumah/temilok bukannya cacing ataupun ulat; ia merupakan sejenis kerang/siput yg tidak mempunyai kulit kerang biasa. Kulit kerangnya sangat kecil, terletak di bahagian kepala dimana ia telah diubahsuai menjadi gerigi untuk mengali kayu bakau.



0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ