Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Bayi Kembar 11 Antara Cerita Dongeng Terbaik Sepanjang 5 Tahun Lepas


Bayi kembar 11 antara cerita dongeng terbaik sepanjang 5 tahun lepas


Sepanjang lima tahun lepas, makin kecoh pasal seorang ibu di India melahirkan 11 bayi kembar, sekali gus! Kecoh benar laa di FACEBOOK. Siap letak gambar ibu dia sekali.. Peliknya, tak keluar pun dalam mana mana akhbar. Menariknya, siap dapat anugerah world record lagi. Siapa bagi pun tak pasti la. 

Bayi Kembar 11 Antara Cerita Dongeng Terbaik Sepanjang 5 Tahun Lepas


Gambar ini adalah di antara berita terawal yang tersiar di media sosial sejak tahun 2011 lagi. Dan di bawah pula adalah berita yang dikeluarkan di facebook sejak minggu lepas... bayi kembar 11 ini pula dikatakan lahir di Pakistan pula pada 1 Jun 2016 merujuk kepada gambar yang sama dan di sebarkan oleh facebook dari Indonesia. Dua berita yang bercanggah.

Bayi Kembar 11 Antara Cerita Dongeng Terbaik Sepanjang 5 Tahun Lepas



Bukanlah tak percaya dengan kuasa Allah tapi janganlah kita percaya bulat bulat terutamanya berita dari internet terutamanya dari Indonesia yang banyak menyiarkan berita-berita palsu (Hoax) tapi bukan semua. Kebanyakkan page-page dari Indonesia 'gilakan liker'.  Ambil berita dan gambar hanya tangkap muat tanpa asal usul kebenarannya... janji benda yang pelik pastinya mendapat sambutan dari para netizen yang dahagakan ilmu agama. Siapa yang tulis amin di komentar... siapa yang tulis Subhanallah... siapa yang like dan share diberi janji-janji manis "SEMOGA MASUK SYURGA" atau "SEMOGA MENDAPAT REZEKI". Apakah  dengan hanya menulis Subhanallah, amin serta like dan share itu boleh masuk syurga semudah itu?


   
Dan hari ni, admin cari  maklumat pasal ini dan terjumpa satu artikal yang logik dari blog popular Ben Ashaari

“ About 11 babies in India On 11.11.11 a special day, 11 women who had conceived with IVF (Invitro fertilization-Test Tube Baby Treatment), at 21st Century Hospital &Test Tube Baby Centre, Station Road, Surat, Gujarat, INDIA were delivered by elective caesarian section by Dr. Purnima Nadkarni, Dr. Pooja Nadkarni, Dr. Aditi Nadkarni & Dr. Kishore Nadkarni. In all 11 babies delivered from 11 mothers, 9 singleton pregnancies and 2 twins. This is the “World Record” for the date and all were test tube babies.”Sumber


Secara logiknya bayi ini bolehlah dikatakan kembar 11 kerana lahir pada hari yang istimewa pada 11.11.11 tetapi mempunyai ibu yang berlainan dan bukanlah dari satu ibu seperti yang digempar gempurkan oleh orang yang tidak bertanggjungjawab.



************


Berkenaan dengan gambar si ibu pula, beliau ialah Nadya Denise Doud-Suleman Gutierrez atau Nadya Suleman ataupun lebih dikenali sebagai 'Octomom' di kalangan media adalah seorang rakyat Amerika yang telah dengan tiba-tiba sahaja menjadi perhatian dunia setelah dia melahirkan bayi kembar lapan pada Januari 2009.

Nadya ketika menghamilkan anak kembar lapan


Kembar lapan kelahiran Nadya ini ialah kembar lapan yang kedua yang telah berjaya dilahirkan dalam keadaan hidup dan setelah seminggu, telah berjaya mengatasi rekod sebelumnya untuk kadar hidup yang tinggi bagi satu set pasangan kembar lapan dan mengatasi kembar Chukwu pada tahun 1998.

Reaksi orang ramai menjadi negatif setelah mengetahui bahawa kelahiran Nadya itu bukanlah yang pertama sebaliknya dia telahpun mempunyai seramai 6 orang anak sebelum kelahiran 8 kembar tersebut.

Dan pada masa dia melahirkan anak juga, dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Kesemua anak-anaknya diperoleh dengan cara IVF (In-Vitro-Fertilization).


Nadya bersama anak kembar Lapannya



0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ