Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



SURAT JAKIM MENARIK SERTA MERTA STATUS HALAL COKLAT CADBURY






SURAT JAKIM MENARIK SERTA MERTA STATUS HALAL COKLAT CADBURY


Yang menjadi tanda tanya sekarang... Jakim buat apa selama ini? Dah berkoyan-koyan coklat ni masuk dalam perut rakyat Malaysia, siapa nak tanggung tu? Kalau Kementerian Kesihatan tidak membuat ujian DNA khinzir tu, rasanya sampai bila-bila la kita terus makan coklat tu.

Ni nak tanya Jakim berapa kali kekerapan pemeriksaan di atas produk-produk keluaran Malaysia dilakukan? Adakah ia dilakukan secara mengejut atau tidak? Sepatutnya Jakim kena assign pegawai di setiap syarikat besar yang terlibat mengeluarkan produk tempatan kerana setiap makanan yang dimakan akan menjadi darah daging kita...






Baca juga di sini:

GEMPAR!! COKLAT CADBURY KACANG HAZEL SAH ADA DNA KHINZIR - KEMENTERIAN KESIHATAN


1 comments:

Post a Comment

Video Anak Panda Yang Comel


Video Anak Panda Yang Comel

Hangat pasal panda sekarang ni kan... hehehe jom layan
video anak panda yang comel di bawah ni... rasa macam nak bawa balik sekor


(Tunggu seketika untuk loading)

1 comments:

Post a Comment

GEMPAR!! COKLAT CADBURY KACANG HAZEL SAH ADA DNA KHINZIR - KEMENTERIAN KESIHATAN



GEMPAR!! COKLAT CADBURY KACANG HAZEL SAH ADA DNA KHINZIR - KEMENTERIAN KESIHATAN


Aduss... dah berkoyan-koyan masuk dalam perutku ini...

COKLAT CADBURY KACANG HAZEL SAH ADA DNA KHINZIR

COKLAT CADBURY KACANG HAZEL SAH ADA DNA KHINZIR



Baca juga di sini:

GEMPAR!! COKLAT CABBURY KACANG HAZEL MENGANDUNGI DNA KHINZIR MULA TERSEBAR

0 comments:

Post a Comment

ROH WANITA TERPERANGKAP DALAM MAK NYAH ~ PEGUAM



SEREMBAN - "Mak Nyah" adalah golongan dengan roh wanita yang terperangkap dalam badan lelaki dan tidak boleh dihukum apabila berpakaian seperti kaum hawa kerana ia merupakan sebahagian daripada sifat semula jadi mereka, Mahkamah Rayuan diberitahu hari ini.

Peguam Aston Paiva berkata Mak Nyah turut mengalami gangguan kronik dari segi perubatan dikenali sebagai "kecelaruan identiti jantina" (GID) iaitu psikologi dalaman tidak sepadan dengan fizikal tubuh.

Beliau mewakili tiga tukang andam lelaki Islam yang mencabar undang-undang Syariah yang menghalang mereka berpakaian seperti perempuan.

Paiva berkata orang yang mempunyai masalah ini akan berpakaian seperti seorang wanita kerana secara psikologi mereka adalah seorang wanita.

"Bukti perubatan menunjukkan GID bukanlah satu pilihan. Tiada siapa yang ingin mengalami GID. Ia akan menghantui anda," katanya sambil menambah golongan ini tidak boleh diubah dengan penggunaan ubat-ubatan atau terapi psikologi.

Beliau berkata langkah menghukum seorang Mak Nyah atas sifat yang mereka tidak pinta atau boleh ubah adalah seperti kita menerima apartheid dan genosid.

Paiva berkata Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 tidak mempunyai kesan dan tidak terpakai bagi kepada mereka yang secara psikologi adalah wanita dan mengalami GID selain melanggar Perkara 10(1)(a), Perkara 5(1) dan Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak kebebasan bersuara, kebebasan peribadi selain melarang diskriminasi atas sebab agama, bangsa dan jantina.

Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, mengemukakan rayuan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak semakan kehakiman mereka untuk mencabar keperlembagaan Seksyen 66.

Mereka memohon deklarasi bahawa seksyen itu tidak terpakai terhadap mereka atau bagi orang yang mengalami GID.

Pada 4 November 2011, mereka memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi bagi memulakann prosiding semakan kehakiman.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Seremban menolak permohonan itu selepas memutuskan bahawa oleh kerana mereka beragama Islam dan dilahirkan sebagai lelaki, ketiga-tiga plaintif perlu mematuhi undang-undang berkenaan sebagai sebahagian daripada ajaran Islam.

Seksyen 66 membenarkan Mahkamah Syariah menghukum mana-mana lelaki yang berpakaian atau berlagak seperti seorang wanita dengan denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Ketiga-tiga plaintif, yang mendakwa ditahan dan diganggu berulang kali oleh pihak berkuasa, turut memohon satu perintah bagi melarang penangkapan dan pendakwaan terhadap mereka di bawah seksyen ini.

Sementara itu, peguam Syahredzan Johan yang mewakili Majlis Peguam dan bertindak sebagai 'amicus curiae' atau sahabat mahkamah, berkata enakmen undang-undang negeri mesti konsisten dengan kebebasan asasi sebagaimana dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

"Majlis Peguam bimbang dengan keputusan Mahkamah Tinggi kerana berpendapat pendekatan yang digunakan adalah salah," katanya.

Panel Mahkamah Rayuan, yang terdiri daripada Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, Datuk Aziah Ali dan Datuk Lim Yee Lan, menetapkan 17 Julai untuk menyambung pendengaran kes itu.

Terdahulu, mahkamah membenarkan Majlis Peguam dan wakil Human Rights Watch hadir sebagai amicus curiae pada pendengaran rayuan itu.Bernama

0 comments:

Post a Comment

Mak Mah Kongsi Rasa Bahagia Selepas Seminggu Nikah


Mak Mah Kongsi Rasa Bahagia Selepas Seminggu Nikah
 Ruminah mengakui berasa begitu bahagia sejak mendirikan rumah tangga bersama Al Fatah.


PETALING JAYA: Selepas kira-kira seminggu bergelar isteri, pelakon veteran Ruminah Sidek mengakui dirinya berasa cukup bahagia di samping suaminya, seorang peneroka Felda dari Jelai Negeri Sembilan, Al Fatah Rahim Ismail, 70.

Ruminah atau lebih dikenali sebagai Mak Mah, 68, berkata, walaupun pada mulanya dia berasa kekok memandangkan sudah 41 tahun menjanda, dia mula serasi dengan kehidupan sebagai sepasang suami-isteri.

"Susah nak cakap sebenarnya. Apa yang saya boleh katakan, hati saya sedang berbunga-bunga. Kalau boleh mana-mana pergi kami mesti mahu bersama.

"Maklumlah, sekarang ini saya sudah ada peneman dah tak macam dulu. Rasa kekosongan itu terisi," katanya kepada mStar Online.

Tambah Ruminah, kedua-dua mereka saling tidak mahu berenggang, namun terpaksa akur kerana masing-masing mempunyai kerja yang perlu dilunaskan.

Mak Mah Kongsi Rasa Bahagia Selepas Seminggu Nikah


Ditanya apakah rutin wajib dibuat setiap hari, Ruminah berkata dia akan memastikan minuman kegemaran suaminya itu akan dihidang mengikut masa-masa tertentu.

"Saya seorang yang tidak minum minuman yang bersusu selain jus buah. Tetapi berbeza pula dengan suami, ada masa dia mahukan teh dan kadang kala kopi.

”Jadi saya pun perlu belajar bancuh minuman kegemarannya untuk dihidangkan setiap hari. Alhamdulillah, suami saya tidak cerewet," ujarnya.

Ruminah selamat bergelar isteri Al Fatah dalam satu majlis yang diadakan di kediaman abang ipar pelakon itu, di Meru, Klang pada 17 Mei lalu.

Perkahwinan ini merupakan yang kelima buat Ruminah termasuklah dengan Allahyarham pelakon AR Tompel.

Hasil perkahwinan lalu, Ruminah dikurniakan enam orang anak termasuklah pelakon Adlin Aman Ramlie.

Dia juga mempunyai 20 cucu dan enam cicit. Manakala Fatah pula mempunyai 10 orang anak.


Baca juga di sini:

GAMBAR PERKAHWINAN MAK MAH @ RUMINAH SIDEK



1 comments:

Post a Comment

Buah Pinggang Rosak Secara Perlahan




Tanda kerosakan buah pinggang

Proses kerosakan buah pinggang berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa lama. Ia lebih kerap berlaku di kalangan berumur (tiga kali ganda berbanding golongan muda). Justeru, gejalanya sering tidak disedari hinggalah buah pinggang gagal berfungsi. Ramai tidak sedar perkara ini hinggalah mereka menjalani pemeriksaan kesihatan.

Antara tanda yang perlu diperhatikan ialah:


  • Rasa tidak selesa atau terbakar (sakit) ketika buang air kecil.
  • Air kencing bercampur darah.
  • Berlaku perubahan jadual membuang air kecil. Biasanya ia menjadi lebih kerap.
  • Sakit belakang.
  • Kerap buang air kecil pada tengah malam.
  • Kaki membengkak, khususnya di pergelangan kaki.
  • Sekelip mata menjadi sembap dan ia berlarutan. Tanda ini lebih jelas pada waktu pagi.

Semua tanda di atas timbul berikutan buah pinggang tidak lagi mampu menyingkirkan bahan toksik dalam darah.

Bahan toksik ini lama kelamaan meracuni tubuh pesakit dan menimbulkan pelbagai komplikasi kesihatan.

Walaupun teknologi perubatan semakin canggih, kegagalan buah pinggang tiada ubatnya.

Perkara ini sering disalah anggap kebanyakan masyarakat kita. Untuk terus hidup, pesakit boleh menjalani dua jenis rawatan iaitu pemindahan buah pinggang atau dialisis darah.

Cara pertama (pemindahan buah pinggang) memerlukan belanja antara RM50,000 hingga RM100,000 tetapi masalah utama dihadapi pesakit ialah mendapatkan penderma buah pinggang.

Pembedahan boleh dilakukan segera jika ada ahli keluarga atau saudara mara sudi menjadi penderma atau daripada penderma lain (yang tiada kaitan darah) dan ia boleh dilakukan di HKL, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) atau Hospital Selayang.

Bagaimanapun, perkara ini bukan mudah kerana bilangan orang yang rela menjadi penderma sungguh terhad.

Cara kedua dan lebih popular ialah dialisis darah, tiga kali seminggu. Walaupun kedengaran leceh, kaedah ini membolehkan pesakit menjalani kehidupan normal seperti orang lain.

Malah, mereka masih boleh terus menyumbang kepada produktiviti negara.

Perbelanjaan rawatan penyakit buah pinggang bukan murah. Seseorang memerlukan kira-kira RM3,000 sebulan jika menjalani dialisis di hospital swasta.

Secara umumnya pesakit membelanjakan RM23,000 setahun untuk dialisis saja. Itu belum termasuk kos ubat.

Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) ada 18 pusat hemodialisis di seluruh negara dengan bayaran yang jauh lebih murah (RM65 setiap sesi) bagi membantu meringankan beban pesakit. Justeru, kita perlu kerap menjalani pemeriksaan kesihatan supaya kegagalan buah pinggang dapat dikesan dan diberikan rawatan awal supaya kerosakan kekal tidak berlaku.

Jika buah pinggang didapati rosak, jangan berputus asa. Masa depan masih ada. Pelancaran Kumpulan Sokongan Pesakit Buah Pinggang baru-baru ini membolehkan anda (pesakit, ahli keluarga atau individu perseorangan) mendapatkan maklumat, khidmat nasihat atau sokongan daripada pasukan perubatan dengan menghubungi talian 03-79549048 atau melayari laman web www.nkf.org.my.

Kaedah mencegah penyakit ginjal

  • Jalani pemeriksaan ginjal.
  • Amalkan pemakanan seimbang.
  • Minum banyak air, sekurang-kurangnya dua liter sehari.
  • Jangan merokok, lebih baik berhenti terus.
  • Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Elakkan ubat yang tidak perlu kerana ia boleh memberi kesan dan merosakkan buah pinggang.
  • Kekalkan berat badan seimbang.
  • Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.



Namun sebelum terkena, lebih baik kita mengambil langkah berjaga-jaga. Kurang kepekaan terhadap kesihatan diri dan tidak berminat mengetahui penyakit ‘lazim’ dalam masyarakat menyebabkan masalah kegagalan buah pinggang semakin bertambah bilangannya.

Buah pinggang adalah organ berbentuk kacang lima, setiap orang ada dua buah pinggang dan berat setiap satu kira-kira 150 gram.

Dalam buah pinggang yang kecil ini berlaku proses penapisan darah untuk membuang semua bahan toksin melalui air kencing. Darah bersih akan dialirkan balik ke dalam badan.

Secara umumnya buah pinggang ada empat tugas utama, iaitu membuang cecair berlebihan dari badan; menuras darah (mengambil balik khasiat yang diperlukan dan membuang bahan tidak berguna); mengawal tekanan darah, kiraan sel darah merah dan jumlah mineral dalam badan serta mengekalkan tulang yang sihat.

Banyak perkara boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, tetapi paling utama ialah kencing manis (diabetes mellitus) dan tekanan darah tinggi (hipertensi).

Ketua Jabatan Nefrologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr Zaki Morad Mohd Zaher, berkata satu pertiga daripada kes kegagalan buah pinggang disebabkan masalah kencing manis tidak terkawal.

Selain itu, penyakit darah yang merosakkan bahagian penuras buah pinggang dipanggil Glomerulonefritis, Sistemik Lupus Eritematosus (SLE), kehadiran batu karang dan jangkitan salur kencing juga boleh menyebabkan kegagalan ginjal.

Malah, individu yang ada sejarah keluarga mengalami penyakit buah pinggang perlu berhati-hati kerana mereka juga berisiko tinggi untuk mendapat penyakit sama.

Justeru, kata Dr Zaki, setiap orang perlu mengambil berat kesihatan diri dengan menjalani pemeriksaan kesihatan.

Kaedah ini boleh membolehkan kita mengesan masalah pada buah pinggang dan melengahkan ia daripada mengalami kerosakan teruk.


Baca Juga Di sini:

Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang Dan Cara Mencegahnya

1 comments:

Post a Comment

Gambar Wanita Selamba Tayang Dada Di Festival Filem Cannes 2014!!



Seorang wanita membuka gaunnya semasa menghadiri tayangan perdana filem 'Maps to the Stars' di Festival Filem Cannes ke-67 di Perancis, Isnin (19/5).

Sebagian tubuh wanita yang memakai wig perang ini hanya dibalut pita pelekat bertuliskan 'Fragile'. Kelihatan juga lipstik yang tidak teratur di bibirnya.

Aksi wanita ini meresahkan tetamu di festival filem tersebut.





1 comments:

Post a Comment

Zaman Kanak-Kanak Ku...Kau Ada?

Zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling indah!!














































1 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ