Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Pesawat Hilang: Tentera Vietnam Kesan Tumpahan Minyak

Gambar Hiasan


HANOI 8 Mac - Pasukan tentera Vietnam yang menyertai operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, mengesahkan penemuan tumpahan minyak di perairan Laut China Selatan dan telah menghantar dua buah bot ke lokasi dinyatakan.

Timbalan Ketua Turus Tenteranya, Vo Van Tuan memberitahu saluran televisyen tempatan, VTV, dua buah pesawatnya ternampak tumpahan minyak sepanjang 15 hingga 20 kilometer yang berhampiran antara satu sama lain.

Tumpahan minyak itu kemungkinan besar boleh memberi petunjuk kepada kehilangan pesawat MH370 sewaktu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, awal hari ini.

“Kami belum dapat memastikan sama ada tumpahan minyak itu berpunca daripada pesawat terbabit atau mana-mana kapal Vietnam yang melalui kawasan tersebut," katanya seperti yang dilaporkan AFP. - AFP



Pesawat C130 Singapura

Singapura Hantar Pesawat C130 Bantu Cari Pesawat MH370

SINGAPURA: Singapura menghantar sebuah pesawat C130 Hercules pada Sabtu untuk membantu misi mencari dan mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing.

Pesawat MH370 itu dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing, kata Tentera Udara Republik Singapura (RSAF).

Pesawat berkenaan, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, terputus hubungan dengan Menara Kawalan Udara Subang setelah berlepas dari KLIA pada pukul 12.41 pagi Sabtu.

Terdahulu, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menghubungi rakan sejawatannya dari Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak melalui telefon untuk menyampaikan perasaan simpati dan prihatinnya berhubung perkara itu. - BERNAMA

US Navy


Operasi Mencari Pesawat MH370 Babit Negara Luar – PM

SEPANG: Operasi mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 akan diteruskan dengan membabitkan negara yang berdekatan kawasan kejadian, termasuk bantuan negara luar, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, kerjasama dengan negara tertentu amat diperlukan untuk memberi impak yang lebih bermakna kepada operasi itu.

“Oleh itu, kita telah mendapat persetujuan Vietnam yang akan melakukan operasi di kawasan perairan negara mereka,” katanya dalam sidang akhbar di sini, Sabtu.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku di sempadan Malaysia-Vietnam dan ada kemungkinan ia terlepas ke sempadan Vietnam, oleh itu kerjasama semua pihak amat diperlukan.

Perdana Menteri memaklumkan China juga akan turut membantu.

Katanya, Amerika Syarikat juga menghulur bantuan melalui ‘US Navy’ yang bersetuju menghantar pesawatnya dalam operasi itu manakala Singapura menghantar sebuah pesawat C130 bagi tujuan sama.

Sebanyak 15 buah pesawat iaitu 4 unit C130, 2 unit Bombardier, 2 Heli Agusta, 1 unit CN 235, 4 unit EC 725, 1 unit Beachcraft, 1 unit King Air manakala 6 buah kapal dari Tentera Laut DiRaja Malaysia, serta 3 buah kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah dikerah dalam operasi ini.

Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi. - BERNAMA

1 comments:

Post a Comment

Himpunan Gambar-Gambar Menarik Insiden Kehilangan Pesawat Mas MH370

Himpunan Gambar-Gambar Menarik Insiden Kehilangan Pesawat Mas MH370


Himpunan Gambar-Gambar Menarik Insiden Kehilangan Pesawat Mas MH370

1). Masjid Putra, Putrajaya - Alhamdulillah telah menunaikan solat hajat khusus untuk MH370 selepas Solat Maghrib tadi.

Himpunan Gambar-Gambar Menarik Insiden Kehilangan Pesawat Mas MH370

2). Captain Zahari (kiri)  dan gambar kanan  adalah co pilot Fariq Ab. Hamid yang menerbangkan flight MH370 jam 12.41am dari KLIA menuju beijing. Beliau juruterbang senior yg bertaraf dunia. Kepada Allah kita berserah

Himpunan Gambar-Gambar Menarik Insiden Kehilangan Pesawat Mas MH370

3). Ibu ini baru saja menghantar anaknya ke KLIA untuk menaiki pesawat tersebut. Kali ini beliau hadir dengan perasaan yang berbeza. Ya Allah kuatkan lagi semangat ibu ini. Semoga mereka selamat. Amin

Himpunan Gambar-Gambar Menarik Insiden Kehilangan Pesawat Mas MH370

4). Antara ahli keluarga mangsa MH370 berjalan menuju ke tempat menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setelah pesawat ke Beijing itu dilaporkan hilang.

Himpunan Gambar-Gambar Menarik Insiden Kehilangan Pesawat Mas MH370

Himpunan Gambar-Gambar Menarik Insiden Kehilangan Pesawat Mas MH370

5). Gambar suasana di Beijing Airport. Ahli keluarga menunggu ketibaan MH730 dari KLIA yang tidak kunjung tiba.

Himpunan Gambar-Gambar Menarik Insiden Kehilangan Pesawat Mas MH370

6). Kalau ajal belum sampai beginilah takdirnya. Pilot yang sepatutnya bertugas mengemudi pesawat MH370 ditukarkan jadual di saat-saat akhir dengan orang lain.


Himpunan Gambar-Gambar Menarik Insiden Kehilangan Pesawat Mas MH370

Himpunan Gambar-Gambar Menarik Insiden Kehilangan Pesawat Mas MH370


7). Najib Razak, Muhyiddin Yaasin dan Hishammudin bersama keluarga penumpang dan crew pesawat MH370

Himpunan Gambar-Gambar Menarik Insiden Kehilangan Pesawat Mas MH370

8). PASANGAN pengantin baharu, Mohd Razahan Zamani, 23 dan Norli Akmar Hamid, 33, adalah antara penumpang rakyat Malaysia dalam pesawat MH370 yang dilaporkan hilang. Pasangan itu dipercayai ke Beijing untuk berbulan madu.

0 comments:

Post a Comment

Senarai Penuh Nama Penumpang Pesawat MH370 Yang Terhempas di Vietnam

Senarai Penuh Nama Penumpang Pesawat MH370 Yang Terhempas


KUALA LUMPUR 8 Mac - Berikut senarai nama penuh anak kapal dan penumpang pesawat MH370 yang gagal dikesan setakat ini.

Senarai nama anak kapal

1. Fariq Ab. Hamid

2. Zaharie Ahmad Shah

3. Foong Wai Yueng

4. Goh Sock Lay

5. Gomes Patrick Francis

6. Mohd. Hazrin Mohamed Hasnan

7. Junaidi Mohd. Kassim

8. Andrew Nari

9. Ng Yar Chien

10. Tan Ser Kuin

11. Tan Size Hiang

12. Wan Syaid Wan Ismail

Senarai nama penumpang, selebihnya warga China

1. Anne Catherine Daisy (MYS)

2. Bai Xiaow (CAN)

3. Beherey Usage Waitrelos Laurence Arlet (FRA)

4. Biby Nazli Mohd. Hassim (MYS)

5. Brooskii Nikolath (RUS)

6. Burrows Mary (AUS)

7. Burrows Rooney (AUS)

8. Chan Huan Peen (MYS)

9. Chen Weihoing (MYS)

10. Chew Kar Mooi (MYS)

11. Chng Mei Ling (MYS)

12. Chuang Hsiu Ling (TWN)

13. Chustrak Oleg (UKR)

14. Deineka Sergii (UKR)

15. Dina Mohamed Yunus Ramli (MYS)

16. Gu Naijun (AUS)

17. Guan Hua Jin (MYS)

18. Huang Tianjui (CHN)

19. Hue Pui Heng (MYS)

20. Jee Jing Hang (MYS)

21. Jiang Cuiyun (CHN)

22. Koh Tiong Meng (MYS)

23. Kolekar Chetana Vinod (IND)

24. Kolekar Swanand Vinod (IND)

25. Kolekar Vinod Suresh (IND)

26. Kozel Christian (AUT)

27. Lawton Catherine (AUS)

28. Lawton Robert (AUS)

29. Lee Kah Kin (MYS)

30. Lee Sew Chu (MYS)

31. Li Hongjing (CHN)

32. Li Yuan (AUS)

33. Lim Por Chua (MYS)

34. Lui Ching (CHN)

35. Maraldi Luigi (ITA)

36. Maria Mohamed Yunus Ramli (MYS)

37. Meng Leoinf (USA)

38. Meng Nicole (USA)

39. Mohamad Sofian Ibrahim (MYS)

40. Mohd. Khairul Amril Selamat (MYS)

41. Muhammad Drazahan Zamani (MYS)

42. Mukherjee Muktesh (CAN)

43. Muzi Yusop (MYS)

44. Ng May Li (MYS)

45. Noorida Mohd. Hashim (MYS)

46. Nor Fadzillah Mat Rahim (MYS)

47. Norliakmar Hamid (MYS)

48. Puspanathan Subramaniam (MYS)

49. Ramlan Safuan (MYS)

50. Sharma Chandrika (IND)

51. Shirsath Kranti Pralhad (IND)

52. Sim Keng Wei (MYS)

53. Siregar Firman Chandra (IND)

54. Song Feifei (CHN)

55. Swadaya Ferry Indra (IND)

56. Sugianto Lomr (IND)

57. Suhaili Mustafa (MYS)

58. Surti Dahlia (NLD)

59. Swadaya Ferry Indra (IND)

60. Tan Ah Meng (MYS)

61. Tan Chong Ling (MYS)

62. Tan Sioh Peng (MYS)

63. Tan Steik Hin (MYS)

64. Tan Sei Chew (MYS)

65. Tan Xudong (CHN)

66. Tanurisam Indrasuria (IND)

67. Tee Ling Keong (MYS)

68. Teoh Kim Lun (MYS)

69. Tong Soon Lee (MYS)

70. Vinny Chynthyatiomrs (IDN)

71. Wan Hock Khoon (MYS)

72. Wang Willysurijanto (IDN)

73. Wang Ximin (NZL)

74. Wattrelos Ambre, Caroline, Laurence (FRA)

75. Wattrelos Hadrien, Marc, Pascal (FRA)

76. Weeks Paul (NZL)

77. Wong Sai Sang (MYS)

78. Wood Philipi Talmadge (USA)

79. Yang Jiabao (CHN)

80. Yap Cheemeng (MYS)

81. Zhang Liqin (CHN)

82. Zhao Qi Wei (CHN)

83. Zhao Yan Anne (FRA)




Keluarga penumpang MH370 berkumpul di Menara Tinjau KLIA


SEPANG 8 Mac - Kira-kira 20 individu dipercayai anggota keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dilapor hilang, dilihat berkumpul di bilik Menara Tinjau, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini.

Menurut seorang wanita yang berjaya disapa oleh anggota media yang menunggu di luar bilik berkenaan, mereka sedang menunggu perkembangan terkini berhubung kejadian.

"Kami keluarga penumpang," katanya ringkas sebelum masuk ke bilik berkenaan.

Mereka mula tiba di bilik yang terletak di tingkat lima Balai Perlepasan itu sejak pukul 10 pagi.

Bagaimanapun anggota media tidak dibenar menemu bual mereka.

Lima anggota pasukan keselamatan Malaysia Airports Holding Berhad kelihatan berkawal di luar bilik itu.

Penerbangan MH370 Kuala Lumpur-Beijing yang berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dilapor terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi ketika berada di ruang angkasa Malaysia-Vietnam.

Pesawat B777-200 itu membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.  -BERNAMA



3 comments:

Post a Comment

Pesawat MH370 Sah Terhempas Di Laut Vietnam

Pesawat MH370 Sah Terhempas Di Laut Vietnam


HANOI 8 Mac - Pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang membawa 227 penumpang dan 12 krew dilaporkan terhempas ke dalam laut iaitu 246 kilometer dari luar pantai pulau Tho Chu di Vietnam.

``Buat masa ini, tidak ada bot-bot tentera laut Vietnam di kawasan itu, oleh itu kami meminta bot dari pada pulau Phu Quoc supaya bersedia untuk operasi menyelamat,’’ kata Laksamana Ngo Van Phat kepada portal berita Tuoi Tre.

Pulau Tho Chu dan Phu Quoc terletak barat daya di selatan Vietnam.

Bagaimanapun, pegawai itu gagal dihubungi menggunakan telefon dan tidak dapat dipastikan bagaimana beliau tahu di mana pesawat MH370 itu terhempas dan bangkai kapal berada. - REUTERS




LAPURAN TIDAK RASMI ..Allah.. Kesemua Penumpang MH370 yang terhempas dilapurkan terbunuh..

CNN melapurkan Kesemua Penumpang MH370 yang terhempas akibat cuaca buruk..di di 100 km utara Ho Chon Minh City dilapurkan terbunuh. Usaha pencarian menjadi sukar akibat dari cuaca yg teruk ..hujan
lebat dan kawasan bukit menyebabkan usaha pencarian menjadi sukar.. Allah ..

0 comments:

Post a Comment

Video Terakhir Sebelum Kehilangan Pesawat #MH370 Milik MAS Dari Radar....


Video Terakhir Sebelum Kehilangan Pesawat #MH370 Milik MAS Dari Radar

Video Terakhir Sebelum Kehilangan Pesawat #MH370 Milik MAS Dari Radar





(Tunggu seketika untuk loading)

0 comments:

Post a Comment

Rahsia Pemakaian Susuk

Rahsia Pemakaian Susuk
Gambar hiasan


MUNGKIN ramai yang pernah mendengar kaedah tradisional menyerikan wajah menggunakan susuk.

Sebelum ini kita hanya terfikir susuk menjadi pilihan golongan artis dan kenamaan. Kaedah ini semakin popular di kalangan masyarakat termasuk penuntut universiti, kaum lelaki dan masyarakat Eropah.

Secara umumnya, susuk dianggap warisan nenek moyang. Definisi amalan itu adalah tindakan seseorang memasukkan bahan asing ke anggota badan tertentu bagi mendapatkan sesuatu kelebihan.

Ssusuk yang selalu diamalkan adalah susuk logam dan susuk ayat.

Pemakaian susuk bukan sahaja terhad di bahagian wajah, ia boleh dipasang pada alat kelamin. Susuk ketahanan diri juga boleh dipasang bagi tujuan tertentu.

Susuk dikatakan untuk awet muda, kelihatan cantik, mempesona dan kekuatan diri.

Menurut seorang bomoh artis, Awang Mohd. Haji Yahya yang lebih dikenali sebagai Pak Awang, susuk menjadi pilihan bagi mereka yang tidak mahu dan tidak sesuai menggunakan botox.

Rahsia Pemakaian Susuk
Pak Awang menunjukkan cara memakai susuk ayat


Pak Awang memberitahu tidak semua orang sesuai menggunakan botox justeru susuk menjadi alternatif.

Sebelum memakai susuk, seseorang perlu tahu tujuan mereka memilih kaedah itu. Misalnya, Pak Awang tidak menggalakkan orang Islam memilih susuk logam kerana ia jelas haram di sisi agama.

Pemakaian susuk tidak mengambil masa yang lama. Ia boleh dilakukan dalam masa 20 minit untuk susuk logam manakala kurang sejam untuk susuk ayat.

Pemakaian susuk tidak terhad kepada muka tetapi alat sulit wanita dan lelaki seperti kemaluan atau payu dara mengikut jenis susuk yang diingini.

Sebelum seseorang itu dipakaikan susuk, syarat dan kesan-kesan pemakaian akan diterangkan.

Biasanya, penerangan menyentun tentang jenis susuk yang sesuai, susuk yang dilarang, syarat dan pantang larang yang perlu dipatuhi pemakai.

''Contohnya kita memberitahu susuk apa yang dibenarkan dan tidak menyakitkan pemakai dan susuk yang terlarang," ujarnya.

Dalam pertemuan singkat itu, Pak Awang turut menunjukkan teknik-teknik pemakaian susuk .

Muka dan badan pemakai ditandakan dengan sejenis alat seperti pensel untuk memastikan tempat yang sesuai ditusuk susuk yang diingin.

Selepas itu bermulalah proses membaca ayat-ayat sambil memegang anggota badan yang mahu dipasang susuk.

Kain yang dipotong kecil akan diletakkan di tempat yang ditanda supaya susuk yang dimasukkan meresap ke dalam muka atau badan pemakai.

Akhir sekali, Pak Awang akan menutup kepala pemakai sehingga ke paras hidung menggunakan kain kuning manakala kain merah ditutup dari paras muka ke leher selama 10 ke 15 minit.

Tujuannya juga supaya susuk itu meresap ke tubuh badan. Selepas itu kain yang sama digunakan untuk mengebas badan pemakai.

Pak Awang turut menasihatkan orang ramai agar tidak tertipu dengan bomoh yang mungkin menyamar sehingga sanggup mengenakan syarat yang tidak logik seperti melakukan seks sebelum memasang susuk.

Peringatan beliau lagi, masyarakat harus mempunyai niat yang betul sebelum memakai susuk supaya tidak bertentangan dengan syariat agama. - Utusan



Nantikan Susuk merupakan amalan Syaitan akan datang

1 comments:

Post a Comment

ARUBA ISLAND

Aruba merupakan sebuah negara pulau kecil terletak di barat laut Caribbean Selatan iaitu kira-kira 27 km di bahagian utara pantai Venuzuela. Pulaunya kecil, hanya sepanjang 33 km. Bandar terbesar adalah Oranjestad yang juga merupakan ibu negara Aruba. Kalau di Indonesia, Pulau Aruba ini memang terkenal kerana ia adalah sebahagian daripada Jajahan Belanda. Makanan yang di import dari Indonesia pun banyak di sini.

ARUBA ISLAND

ARUBA ISLAND


ARUBA ISLAND
Bandar Oranjestad

ARUBA ISLAND
Bucuti Beach Resort

ARUBA ISLAND
Hospital Aruba


0 comments:

Post a Comment

Seni Daripada Pasir Yang Menarik

Seni Daripada Pasir Yang Menarik


Seni Daripada Pasir Yang Menarik

Seni Daripada Pasir Yang Menarik

Seni Daripada Pasir Yang Menarik

Seni Daripada Pasir Yang Menarik

Seni Daripada Pasir Yang Menarik

Seni Daripada Pasir Yang Menarik

Seni Daripada Pasir Yang Menarik

Seni Daripada Pasir Yang Menarik

0 comments:

Post a Comment

Helmet-Helmet Menarik Di Sukan Olimpik Musim Sejuk

1. Sarah Reid, Canada


2. Katie Uhlaender, USA


3. Tomass Dukurs, Latvia

0 comments:

Post a Comment

Ketua Polis Negara Seru Penyokong Anwar Bertenang

Ketua Polis Negara seru penyokong Anwar bertenang


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) menyeru agar penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengadakan bantahan secara terbuka terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang menyabitkan Anwar bersalah.
Khalid menegaskan, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan membenarkan sebarang demonstrasi mahupun perhimpunan besar-besaran membantah keputusan mahkamah tersebut kerana setiap bantahan seharusnya dilakukan di mahkamah.
"Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia bertenang atas apa juga keputusan Mahkamah Rayuan, saya minta supaya tiada mana-mana pihak membuat himpunan membantah kerana ini proses perundangan yang dibuat melalui proses undang-undang kita.
"Apa juga bantahan perlu dibuat melalui mahkamah. Bantahan melalui jalan raya dan perhimpunan tidak dibenarkan sama sekali," katanya di Kuala Lumpur hari ini.
Anwar didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008 apabila Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan beliau pada 2012.
Mahkamah Rayuan menetapkan hukuman lima tahun penjara bagi Anwar.
Mahkamah turut membenarkan penangguhan hukuman dengan wang jaminan RM10,000 yang harus diserahkan pada Isnin depan.
Timbalan Pendakwaraya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak membantah keputusan tersebut.
Khalid turut berkata, PDRM juga telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan disebabkan keputusan tersebut.
Mahkamah turut kecoh apabila hukuman dijatuhkan dengan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.
Keputusan hari ini adalah sebulat suara dalam kalangan panel tiga hakim itu.
Hakim Datuk Balia Yusof Wahi yang mengetuai penal hakim masih belum menjatuhkan hukuman yang boleh dikenakan sehingga 20 tahun itu.
Dengan hukuman ini, masa depan politik Anwar hampir berakhir.
Beliau kini tidak boleh memegang sebarang jawatan politik dan menyertai sebarang pilihan raya termasuk menjadi calon pilihan raya kecil Kajang yang akan diadakan 23 Mac ini. – 7 Mac, 2014.


******************************

3 comments:

Post a Comment

Gambar-Gambar Disekitar Mahkamah Perbicaraan Kes Liwat II DS Anwar Ibrahim

Gambar-gambar menarik sementara menunggu keputusan Mahkamah terhadap DS Anwar Ibrahim dibacakan. Akhirnya panel Hakim sebulat suara mendapati DS Anwar Ibrahim bersalah di atas tuduhan liwat terhadap pembantu peribadinya Saiful Bukhari dan dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara. Walaubagaimana pun DS Anwar menbayar wang jamin RM10,000 sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Gambar-Gambar Disekitar Mahkamah Perbicaraan Kes Lewat II DS Anwar Ibrahim


Gambar-Gambar Disekitar Mahkamah Perbicaraan Kes Lewat II DS Anwar Ibrahim

Gambar-Gambar Disekitar Mahkamah Perbicaraan Kes Lewat II DS Anwar Ibrahim

Gambar-Gambar Disekitar Mahkamah Perbicaraan Kes Lewat II DS Anwar Ibrahim

Gambar-Gambar Disekitar Mahkamah Perbicaraan Kes Lewat II DS Anwar Ibrahim

Gambar-Gambar Disekitar Mahkamah Perbicaraan Kes Lewat II DS Anwar Ibrahim

Gambar-Gambar Disekitar Mahkamah Perbicaraan Kes Lewat II DS Anwar Ibrahim

Gambar-Gambar Disekitar Mahkamah Perbicaraan Kes Lewat II DS Anwar Ibrahim

Gambar-Gambar Disekitar Mahkamah Perbicaraan Kes Lewat II DS Anwar Ibrahim

Gambar-Gambar Disekitar Mahkamah Perbicaraan Kes Lewat II DS Anwar Ibrahim

Gambar-Gambar Disekitar Mahkamah Perbicaraan Kes Lewat II DS Anwar Ibrahim

Gambar-Gambar Disekitar Mahkamah Perbicaraan Kes Lewat II DS Anwar Ibrahim

Gambar-Gambar Disekitar Mahkamah Perbicaraan Kes Lewat II DS Anwar Ibrahim


Baca di sini berita berkaitan

DS Anwar Ibrahim Sah Bersalah Dipenjara 5 Tahun Kerana Meliwat

Laporan Penuh Transkrip Perbicaraan Kes Rayuan Liwat II Anwar

1 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ