The Southernmost Tip of Mainland Asia


Jalan-jalan ke Taman Negara Tanjung Piai. Apa istimewanya Tanjung Piai ni? Jom admin cerita serba sedikit.

Seperti yang anda tahu, Malaysia terletak dalam benua Asia iaitu benua terbesar di dunia. Tanah paling selatan bagi benua Asia adalah terletak di sebuah tanjung yang dinamakan Tanjung Piai. (The Southernmost Tip of Mainland Asia) Tanjung Piai terletak di dalam daerah Pontian, Negeri Johor Darul Takzim.

Nama Piai dikatakan diambil bersempena dengan sejenis paku pakis iaitu Paku Piai Raya yang dahuluinya banyak tumbuh melata di celahan pokok bakau kawasan tersebut. Tetapi kini pokok paku pakis tersebut semakin pupus.



Untuk ke Tanjung Piai mengambil masa lebih kurang 45 minit hingga ke 1 jam dari Johor Bahru dengan memandu kereta dengan menggunakan penunjuk arah GPS atau google maps.


Batu ini terletak di pintu masuk ke Taman Negara Tanjung Piai.


Harga tiket masuk ke Taman Negara Tanjung Piai masa kini 18 Ogos 2017




Kami rasa sangat teruja untuk mengelilingi kawasan tersebut sejauh 2 km.
Ada petunjuk arah 1.2 km menuju ke globe idaman di sebelah kiri dan km selebihnya mengikut jalan menegak iaitu menuju ke Jeti. 




Kami memilih jalan menegak menuju ke jeti terlebih dahulu kemudian baru menuju ke globe idaman. Kalau kami mengikut jalan ke kiri dahulu sudah tentu kami tidak dapat singgah ke jeti kerana pusingan sebelah kiri agak jauh dan bila sampai ke globe saja sudah kepenatan tentu sudah malas untuk singgah ke jeti.


Jeti Tanjung Piai


Tiada apa pun yg menarik di jeti kerana ketika lawatan kami air laut tengah surut. Nun di kejauhan nampak kapal-kapal sedang membuat kerja-kerja penambakkan.





Banyak terdapat siput laut dan juga ikan belacak. (Terlupa pula ambil gambar ikan belacak tu) ๐Ÿ˜€







Dari jeti kami meneruskan perjalanan menuju ke globe idaman melalui denai dan hutan bakau yg menyegarkan.




Banyak gazebo yang disediakan untuk berehat di sepanjang perjalanan



Hanya monyet yang membuang sampah sembarangan ๐Ÿ˜Š







Dan akhirnya kami sampai ke globe idaman. Terharu... kami sekarang benar-benar berada di penghujung selatan tanah benua asia. Tersangat bangga. Muka pun puas dan ceria.










Perjalanan balik, muka masing-masing kepenatan menuju ke jalan sebelah kiri tadi iaitu sejauh 1.2km.



Akar pokok bakau yang paling tertinggi di kawasan tersebut.





Banyak kata-kata indah yang dihiasi sepanjang perjalanan


Kawasan siput Berongan.



Kawasan biawak


Tapak semaian pokok bakau

Dalam perjalanan keluar / balik, kami bernasib baik kerana bertembung dengan seorang pekerja Taman Negara yang sedang menyemai dan menanam anak pokok bakau. Admin baru tahu pokok bakau disemai/ditanam melalui buahnya. Ingatkan dia beranak melalui akar atau dahannya dicantas untuk dijadikan tunas seperti menanam pokok bunga kertas.๐Ÿ˜€




Buah bakau yang jatuh dikutip untuk disemai.



Ini adalah pokok-pokok bakau yang ditanam atau ditaja oleh orang-orang atau persatuan tertentu seperti sekolah, kilang, universiti atau lain-lain.


Di pintu keluar kami disambut dengan penyambut tetamu yang comel...  ๐Ÿ˜€












Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ